Monday 26 March 2012

KETENANGAN JIWAKU~~~

Assalamualaikum...

hai semua pengunjung my Blogg....apa cerita hari nie????sudah isi perut dengan makanan yang berkhasiat lagi bertenaga???klu belom apa tunggu lagi....pergi isi perot anda semua...semoga dengan adanyew makanan dalam perut anda...semua kerja dapat dilakukan dengan teratut dan jayanya... :)


Saya nak kongsi sikit disini satu video yang akan memberi saya ketenangan yang amat sukar saya dapat bila nak buat assingment...lepas tegok video nie...fungsi2 otak dapat b'jalan dengan lancarnya..

saya mahu ajak anda semua mengikut alunan zikir nie ea.....


VIDEO FOR MY ASSIGNMENT

Saturday 24 March 2012

CIUM ANAK DAPAT PAHALA







Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam


Monday 19 March 2012


Doa ringkas selepas solat 



Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.




Doa ketika dukacita dan sedih 



Maksudnya:



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.



Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


KENANGAN BERSAMAMU~~~

Assalamuaalaikum pembuka bicara,
hari ini aku mahu berbicara,
tentang kisah hidup ku dimenara,
KMPP tempat yang akan ku kenang sampai akhirnya...
nie la tempat aku belajar sebelom sambung k ukm nie...




hahhahaha..jadi  xsajak aku nie...
baru berjinak-jinak nak belajar b'pantun n bersajak...
susah jgak nak buat ayat...
aku tabik sprrrring la sp2 yang masuk pertandinagan pantun peringkat antarabangsa...
korang memang superb...


nak tau aktiviti yang aku selalu buat di pinang....
tgok2 gambar kat bawah nie.....
hihihihi...


nie gambar sebelum habis matrik..satu kelas yang diberi nama A2P1 pergi tempat nie..berjimba di teluk bahang pulau pinang...

ini gamba masa kat queensbay mall,Pulau Pinang.....


aktiviti di waktu petang...mula2 takot jugak nak seberang kolam nie...tapi atas cabarn dengan kawan2...aku tersahut jugak nak main tali gantung nie....last,berjaya jugak aku lakukan..hihihihi


inilah sahabat sejati aku dimatrikulasi pulau pinang....


aku teruja sangat kat masjid nie..sebab nama masjid dia"Acheh"...


kawan2 kelas aku A2P1..MASA NIE lepas penat larian KAKOM...

saat2 akhir di KMPP...


Terima kasih kawan-kawanku atas persahabatan yang telah kita jalinkan selama setahun di KMPP...segala suka dan duka kita telah menjadi sebuah memori yang tidak akan luput dek zaman...
kenangan itu membawa 1001 makna buatku...


11 mac 2012 SEGALANYA BERAKHIR~~~

ASSALAMUALAIKUM....

bertemu lagi kita di laman blog ini ea....memang tak ada idea nak mengolah nie...
Tapi ada satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan korang-korang semua....

Tanggal 11 mac 2012 t'diri sudah masjid yang diimpikan semua kaum hawa di dunia ini...semasa majlis berlangsung...aq terpikir mampukah aku menjadi suri dihati suami suatu hari nanti...layakkah aku menjadi ibu dan isteri buat suami dan anak-anakku....cukupkah aku sekadar hanya tau bagi makan-minum buat suami...begitu berat aku rasa untuk mengakhiri zaman bujang...nak2 lagi perlu memikul segala tangunggjawab....

"Ya Allah kau bantulah hambamu bagi mengorak langkah yang terbaik suatu hari nanti...sinarilah mahligaiku dengan penoh barakah disamping anak dan suami yang soleh dan solehah...sesungguhnya aku tau wanita amat mudah untuk memasuki syurgamu sekiranya arahan suami dipatuhi selagi tidak melanggar batas2 syarak...betapa aku memerlukan bimbinganmu Ya Allah..."

inilah rumah pengantin perempuannya @ rumah sepupu saya...dekat sg.tenggi,selangor..

pelamin yang sangat cantik bagi aku...hhahahaha

comella k.ya...sweet sangat....

ni la sepupu saya...Kak.Ya dan suami...


moga bahagia hingga ke akhir hayat ye sepupuku...


nielah member2 sekolah sepupu aku...ramai jgak yang datang....

keadaan di khemah makan...sesak dengan orang ramai...

nie jgak sepupu2 aku...muda belia lagi nie...



So.apa komen dengan entry kali nie????...mesti x sabar nak kahwin kan....
hahahhahaa...sapa2 yang teruja nak naik pelamin jangan lupa jemput ea...
insyaallah ada kelapnagan akan aku pergi rumah korang semua...
hihihihi


Oklah...
bye2...

Wassalam...

Sunday 18 March 2012

ANTI VIRUSSSS!!!!!

Assalamualikum....

Hai saudara-saudari sekalian...
bertemu lagi kita di laman blog ini...

jika hari ini begitu kelam....jangan biarkan kekelaman itu memusnahkan ataupon meranapkan segala impian yang telah lama kita bina....ayoh!!!!!!!!!! segera bangkit dari kekecewaan...ingatlah bahawa Allah sentiasa ada untuk hamba2nya...kita boleh mengubah takdir yang telah t'tulis jika kita benar2 tidak mahukan takdir itu berlaku kepada diri kita.....jom!!!!teman-teman sekalian ingatlah sekali kita jatuh tidak akan selama-lamanya kita akan jatuh dan sekali-kali kita bangkit jangan lupa kita pernah tersungkur suatu hari dahulu....


SO...apa yang saya nak kongsikan ialah pasal virusss....kerana virus la yang membuatkan kita muram,kecewa,sedih dan sebagainya....kenapa perlu ada perasaan macam 2 ea????sebab jangkitan DIA la kita t'paksa MEMBAZIR n MELABUR duit untuk baiki balik sistem2 kat komputer....adoiyay VIRUSSS...awat la hang jahat sangat......kalah ALONG....

THIS2....SEE YA...:))


mamat nie ada la cerita serba sikit fungsi2 anti vairus nie...SO,jangan dok risau sangat...setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya....sebenarnya ramai lagi yang kongsi pasal anti virus nie..tapai saya just nak bagitau link ini sahaja...hihihi..yang lain selongkar la sendiri yea....


ok la...teman2 sekalian...
sampai d snie je la...
penat dah menaip....
huhuhuhu...


WASSALAM....

evolusi komputer

Assalamualaikum.....

hai guys!!!!!APA macam hari nie????
moga2 ceria n lebih elok la dari semalam ye....
bukan senang untuk lebih elok dari semalam jika kita sendiri tidak m'perelokkannya...

Renung2kan dan selamat beramal...
hihihihi

ini hari saya nak share kat korang semua pasAl evolusi komputer....
gambar kat bawah nie saya ambik kat



klu korang nak tau satu persatu benda nie...
just p je kat link 2 ye....
saya x sanggup nak terangkan satu p'satu....
rumit beb...
sapa nak ilmu korang kena rajin2 kan la diri mengklik link nie ea...
sangat2 berguna untuk sapa2 yang nak tau...



"MENUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGARA CHINA"

Saturday 17 March 2012

PERISTIWA SEMALAM~~~~

ASSALAMUAALAIKUM......

Hai kawan-kawan ku sekalian....apa story hari ni???harap2 u olls happy la ea....




nie aku nak kongsi satu pengalaman aq tatkala cuti sem 1 hari tu...
macam2 aktiviti yang aku buat b'sama2 kluarga aku....
nak tau apa dia jom kita selongkar pict2 di bawah ini ea....


TARRRRRRRRAAAAAAAAAA
dah lama aku x bergayut...akhirnya cuti final sem 1 aku manfaatkan d taman p'mainan p'hampiran dengan rumahku....nak tau kat mana?????
dah tentu2 lah...kata keratong 6???mesti korang x tau kan ap kejadahnya nama  tempat2...
keratong 6 adalah nama tempat aku dibesarkan...daerah muadzam shah,pahang.....
aku p main gayot2 nie pada waktu pagi2...
hihihihi...sebabnya segan la plak nak p main petang2,,,,bdak2 je ada kat taman p'mainana nie klu petang2...klu pagi2 mmang x der org la....
nie je masa yg sesuai aku nak snap gambar gan adik aku....
hhahhahaa...

See this.....
nie la peneman setia aku....satu2 nye adik pompuan aku....


Nak tgok gambar yang seterusnya....
jom2....
nie la aku yang comel lagi smart...hhahahhah

adik aku yang kerek lagi ankuh...hhahahhahha

t'baik la ko Nor faRZANA.....

Nie la kawasan tempat aku b'main2 gan adik aku....



ok la...kawan2...aku rase yng nie je aku nak kongsikan
semoga kita b'jumpa di entry yg lain pulak...
k..bye2...syg korg semua....